Pokok Buah Kristal
Ini lah Pokok Kristal. Pokok ni paling rare. Kalau tak silap, pokok Kristal ni hanya ada di Sarawak je. Pernah tengok ? Aku pun tak pernah tengok pokok Kristal sebelum ni. Selepas ayah aku tanam baru aku tau pokok ni. Haha. Tapi aku pernah rasa buah ni memang sedap dan manis. Tak sabar nak tunggu berbuah. Ada 2,3 pokok gak yang dah besar. Tak lama lagi berbuah la pokok ni.
Longan jenis ini sememangnya pendatang baru ke negara kita. Sebab tu lah longan jenis ini banyak nama Longan Kristal, Longan Fiji, Longan Brazil dan macam-macam lagi. Terdapat 3 jenis warna longan yang pernah saya temui iaitu i)Merah Hitam ii)Hijau dan iii)Kuning. Antara ketiga-tiga jenis ini, jenis Merah Hitam menghasilkan buah yang paling besar, manakala jenis Kuning menghasilkan buah paling manis.
Pokok longan ini sememangnya amat senang penjagaan nya. Mungkin disebabkan ianya adalah pokok pendatang baru, maka musuh-musuh semulajadi bagi tanaman ini masih belum banyak. Jika dilihat di pasaran, buah Longan kristal boleh mencecah harga RM10 sekilo, dan untuk bilangan sekilo buah ini hanya dalam 30-40 biji sahaja bergantung kepada saiz. Dari Segi penjagaan
pendatang baru ini masih belum ada manual-manualnya di mana-mana sumber rujukan pertanian rasmi (*setahu saya lah). walaubagaimanapun kalau di lihat mengikut saiz pokok, saya jangkakan pokok jenis ini sesuai ditanam 7.5m X 7.5m dan menghasilkan 175 batang pokok/ Ha.
Tengok gambar bawah ni. Sumber dari Google..
No comments:
Post a Comment