Your Ad Here

Saturday, October 6, 2012

Strategic Objective of Agriculture Research

Strategic Objective of Agriculture Research is to Enhance research capabilities and the KPI are;
1. Percentage of findings with commercial potential
2. No of intellectual properties

Thursday, October 4, 2012

DOA Sarawak New Vision & Mission

MOMA New Vision 'Leading the transformation of agriculture to achieve high income economy.'

DOA Sarawak New Vision 'Spearheading commercialization of agriculture and transformation of agriculture community to achieve high income.'

Vision Description: This vision statement seeks to transform agriculture sector to a high income earner that also contributes significantly to the state economy.

Mission; We commercialise and modernise agriculture to improve income of the agriculture community.



Sunday, August 26, 2012

Hari Peladang, Penternak Dan Nelayan 2012

Hari Peladang, Penternak Dan Nelayan 2012 pada 25-27 Ogos 2012 di Limbang.

The state-level Farmers, Breeders and Fishermen’s Day (HPPN) was held here on Aug 25 will help to enhance the economy of the target groups as a result of the huge market potential for agriculture and aquaculture products in Labuan, Sabah and Brunei.

Deputy Chief Minister Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu said that the celebration with the theme ‘Agriculture Industry Transformation- Generate High Income’ would introduce many local products including ‘tahai’ and livestock based food products to a higher level.

Moreover, he said that the strategic location of Limbang in the northern region would enable visitors from all over Borneo to converge here for the celebration, and in the process would boost the local economy.

“The occasion gives ample opportunities to farmers, breeders and fishermen to do good business in marketing their agricultural produce and products,” Jabu said, adding that this was in line with the government’s desire to eradicate poverty by 2020.
He said this at a press conference after chairing a meeting on the Farmer, Breeder and Fisherman Day here yesterday.

Also present were Assistant Minister of Agriculture (Farmer’s Organisation) Datuk Sylvester Entri, Assistant Minister of Agriculture (Research and Marketing) Datuk Mong Dagang, Limbang MP Hasbi Habibollah, Lawas MP Datuk Henry Sum Agung and Bukit Kota assemblyman Dr Abdul Rahman Ismail.

Read more: http://www.theborneopost.com/2012/08/01/target-groups-to-benefit-much-from-event-jabu/#ixzz24iKVCtyt

Sunday, August 19, 2012

Limau Sunkist Blanja



PARIT, 15 Feb (Bernama) -- Perak, yang selama ini terkenal dengan limau Tambun, kini sedang mengorak langkah memperkenalkan pula "Limau Sunkist Blanja" sebagai satu lagi produk limau dari negeri ini.

Sekumpulan petani kini menerokai kawasan ladang limau seluas 100 hektar bagi mewujudkan Lembah Pertanian Belanja yang akan ditanami pelbagai jenis pokok buah sitrus termasuk limau madu, limau manis dan produk terbaru -- limau sunkist tempatan yang digelar "Limau Sunkist Blanja".

Empat sahabat dari Kampung Bharu Atas di sini telah mewujudkan Kampung Baru Sunkist Farm dengan mengusahakan kawasan seluas kira-kira 10 hektar bagi mengeluarkan anak-anak pokok limau tersebut.

Kumpulan yang diketuai Harisal Kefli Harun, 38, memulakan projek berkenaan tahun lepas dan mendapat sokongan serta khidmat nasihat dan infrastruktur daripada Jabatan Pertanian dan beberapa agensi kerajaan lain.

Harisal Kefli berkata mereka pada mulanya hanya berhasrat menanam pokok limau madu dan limau manis tetapi tidak menyangka usaha untuk menghasilkan anak pokok limau sunkist benih tempatan pula yang mendapat sambutan.

RASA ENAK

Beliau berkata limau sunkist Blanja mempunyai potensi dalam pasaran buah sitrus kerana rasanya enak dan isinya pula lebih lembut.

Harisal Kefli berkata beliau mula tertarik dengan projek tanaman limau Sunkist itu selepas mencuba di kawasan rumahnya.

"Timbul idea apabila melihat pokok limau Sunkist yang ditanam berbuah dengan baik," katanya sambil menambah bahawa selepas itu, dia memohon bantuan Jabatan Pertanian Perak Tengah untuk mencari pendekatan terbaik bagi menghasilkan anak pokok limau bermutu dan tahan penyakit.

"Kami kemudian mencuba teknik cantuman tunas bagi menghasilkan anak-anak pokok yang sesuai dan selepas beberapa percubaan, akhirnya kami berjaya apabila menggunakan batang pokok limau yecel (Limau Jepun)," katanya.

Harisal Kefli berkata pihaknya kini memerlukan lebih banyak anak pokok limau yecel untuk menghasilkan lebih banyak anak pokok limau Sunkist Blanja dan limau madu yang bermutu serta tahan penyakit.

TAPAK SEMAIAN

Beliau berkata mereka kini telah berjaya menghasilkan kira-kira 10,000 anak pokok limau Sunkist dan madu di kawasan seluas 0.4 hektar yang dijadikan tapak semaian.

"Kami sedang berusaha memperluaskan lagi tapak semaian itu kerana permintaan daripada petani dan peniaga anak pokok terhadap anak limau Sunkist begitu menggalakkan ... boleh dikatakan semua anak pokok yang disemai telah mendapat tempahan," katanya.

Harisal Kefli berkata selain mempunyai tapak semaian, pihaknya turut menanam anak pokok limau Sunkist Blanja dan limau madu di kawasan ladang seluas 6.5 hektar dengan keluasan tanaman 350 pokok sehektar atau 145 pokok seekar.

Mengenai ladang berkenaan, beliau berkata pokok yang dijaga dengan baik akan mengeluarkan hasil selepas tiga tahun. Tetapi, selepas matang selama empat tahun baru hasilnya akan mencecah sehingga 100 kg setiap tuaian.

Katanya, limau Sunkist Blanja mempunyai berat purata sekilogram bagi setiap empat biji dan buahnya boleh dikutip sepanjang tahun tetapi hanya dua kali dalam setahun ia mengeluarkan buah yang lebat.

PROJEK KELOMPOK

Beliau berkata seramai 20 orang lagi petani telah menyertai projek berkenaan yang dibangunkan secara berkelompok di ladang seluas kira-kira 100 hektar di Lembah Pertanian Belanja tersebut.

Pada masa ini, ladang berkelompok itu mendapat bantuan Jabatan Pertanian Daerah Perak Tengah yang memberi khidmat nasihat dan bantuan peralatan asas termasuk pembinaan sistem perparitan dan baja.

Ladang berkenaan kini dipenuhi dengan limau Sunkist, limau madu dan limau manis.

"Kami mahu menjadi pembekal anak pokok limau Sunkist, limau madu dan buah limau yang berjaya. Impian kami adalah untuk memperkenalkan limau Sunkist Blanja sebagai produk buah sitrus Perak yang terkenal seperti limau Tambun," katanya.

Sementara itu, Penolong Pegawai Pertanian Perak Tengah Shariful Anuar Sulaiman berkata limau Sunkist Blanja kini sudah ditanam dengan meluas di daerah ini -- di Talang, Changkat Seleboh, Tanjung Blanja selain Kampung Bharu.

"Kami harap kawasan ini akan menjadi kawasan pengeluar benih limau terkemuka menjelang 2015," katanya ketika melawat ladang berkenaan baru-baru ini.

Maklumat lanjut mengenai anak pokok limau Sunkist Blanja boleh didapati daripada Harisal Kefli di talian 017-5947172 atau Abd Kadir Yeob Manap (012-4131123).

-- BERNAMA

Sunday, August 5, 2012

Golden Crop

Planning for retirement started with planting 100 ha of oil Palm over 10 years. This crop able to generate RM100 per tree with the present FFB price of RM550 per tonne.

Wednesday, April 6, 2011

Ministry to appoint agents to reduce rubber price manipulation

http://www.theborneopost.com/?p=115160
SERIAN: Ministry of Plantation Industries and Commodities is planning to appoint agents to buy rubber products directly from the rubber tappers in an effort to reduce price manipulation by middlemen, revealed its minister Tan Sri Bernard Dompok.
He added that even though there was lesser incidence of manipulation by the middlemen in Sarawak, the ministry would go ahead with its plan.
“What we can do is to appoint agents like what Malaysian Palm Oil Board (MPOB) is doing. By doing this we will reduce the incidence of (price) manipulation by middlemen especially in the rural areas,” Dompok told the media after officiating at the Malaysian Rubber Board Clone Expansion Project at Kampung Lebor, near here yesterday.
He was responding to a call by local smallholders who have complained that the price of the commodity has fluctuated due to control by the middlemen.
On a related matter, Dompok said he would be bidding for a fund to plant some 25,000 hectares of rubber in Sarawak in the next five years.
“I am confident the government will provide the fund because rubber is now one of the 12 areas of the National Key Economic Areas (NKEA). The government wants to add it together with palm oil,” said Dompok.
If successful, each participants will be allocated RM13,000 per hectare of rubber which will be planted throughout the state.
Currently there are some 158,491 hectares of rubber planted in Sarawak which are mostly owned by the smallholders.
“Our target is to identify other areas which are suitable for the crop,” he added.
Dompok revealed that under the Ninth Malaysia Plan, the federal government had allocated some RM8.394 million for 1,450 hectares of rubber in 36 locations in Sarawak.
He said the scheme has already benefited 1,550 smallholders.
“There is definitely bright future for the local rubber industry,” stressed Dompok.
Meanwhile, Malaysia Rubber Board (MRB) secretary-general Datuk Dr Salmiah Ahmad revealed that some 250,000 smallholders have benefited from the scheme provided by MRB.
“Our research and development has enabled us to produce higher yield rubber trees which increased productivity of our smallholders,” she added.

Sunday, April 3, 2011

Hassan dilantik sebagai temenggung Penan pertama

Posted on April 3, 2011, Sunday
MIRI: Kebajikan kaum Penan di negeri ini akan lebih terjamin dengan pelantikan jutawan Penan, Datuk Hassan Sui sebagai temenggung Penan yang pertama semalam. Surat pelantikan beliau itu telah disampaikan Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Num-pang pada satu majlis ringkas yang diadakan di pejabatnya (Jabu) di Kuching, Jumaat lalu.

Hassan, 63, ketika ditemui pemberita setibanya di Lapangan Terbang Miri dari Kuching lewat petang semalam menyifatkan pelantikan beliau sebagai penghargaan dan pengiktirafan paling tinggi kepada masyarakat Penan di negeri ini.

“Istimewanya pelantikan ini ialah saya bukan hanya dilantik sebagai temenggung Penan bagi kawasan Miri sahaja tetapi Sarawak keseluruhannya,” ujar beliau yang ternya-ta amat terharu dengan pelantikan tersebut. Justeru beliau mengucapkan berbanyak terima kasih kepada kerajaan di bawah pimpinan Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud kerana telah memberi kepercayaan kepada beliau untuk menyandang jawatan sebagai ketua masyarakat kaum Penan.

Menurut beliau, apabila dilantik sebagai temenggung, sudah pasti tanggungjawab yang dipikulnya juga berat memandangkan beliau perlu menjaga kebajikan semua kaum Penan yang ada di ne-geri ini. “Saya akan berusaha meningkatkan taraf ekonomi kaum Penan yang dianggarkan seramai 16,000 orang serta tinggal secara bertaburan di beberapa bahagian di negeri ini,” jelas beliau.

Menyentuh sedikit latar belakangnya, Hassan yang merupakan ayah kepada sembilan orang anak merupakan jutawan Penan bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di seluruh dunia. Beliau yang dilahirkan pada 7 April 1948 di Ulu Suai mula mendapat pendidikan awal pada Januari 1957 sebelum melanjutkan pelajaran ke peringkat sekolah rendah atas di Central Upper Primary School, Bekenu pada 1962 dan 1963.

Dilahirkan dalam sebuah keluarga Penan yang berpindah-randah, beliau yang merupakan anak kaum Penan yang pertama memijakkan kaki ke sekolah hanya mendapat pendidikan sehingga Darjah Enam. Pada 1968 dan 1969, beliau telah bekerja dengan kerajaan sebagai Upriver Agent (URA) di Tegageng Suai dan kemudian dilantik sebagai Pesuruhjaya Perkhidmatan Awam Negeri dari 1978 hingga 1985.

Manakala pada 1991 hingga 2000, Hassan telah dilantik sebagai Pegawai Hal Ehwal Pembangunan Orang Penan Sarawak sebelum melibatkan diri secara aktif dalam bidang perladangan kelapa sawit. Sementara itu, daripada sembilan orang anaknya, empat daripadanya berjaya melanjutkan pelajaran hingga ke menara gading yang terdiri daripada Maria Hassan lulusan Universiti Utara Malaysia (UUM) Kedah, Serina Hassan (universiti di Amerika Syarikat), Azlan Hassan (university di Australia) dan Herman (INTI College Kuching).